Ihsan @ iLuvislam.com

Artikel@iluvislam

August10

Alhamdulillah, artikel yang saya tulis beberapa lama akhirnya naik di iluvislam.com

Inilah dia artikelnya

Terhebat
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: yob3174
Editor: ar-ruhul JADEED

Di kesibukan sebuah kota yang terkenal dengan kehandalan di medan peperangan, terdengar hingar-bingar orang di sana sini menjaja apa sahaja yang mereka ada.

“Murah-murah…lembing ini kayunya kayu kokka, terkenal khasiat zaman berzaman, runcingnya besi tembaga, tikaman pasti ke kuburan…!!” “Mari-mari beli ini pedang, sekali hayun terbelah dua, acapkali diguna sang badang, buat senjata memburu naga…!!” Demikian berpantun-pantun mereka menjaja alatan senjata untuk kegunaan pemuda perajurit di medan pertempuran.

Di tengah-tengah kebingitan itu, lalu seorang hamba Allah yang warak sedang memerhatikan gelagat manusia. Akhirnya terpaut hatinya pada seorang lelaki yang menjaja alatannya tadi.

“Mari-mari datang ke sini, andai terlepas pastinya rugi, hamba kembara seluruh negeri, menjaja hanya pada yang sudi.”

“Di tangan kanan hamba perisai sakti, dicurah air gunung Indera puri, menahan segala yang dengki, tiada tercalar merekah apatah lagi.”

“Pedang keramat di tangan kiri, disadur racun berbisa sekali, membelah sebarang sudahlah pasti, boleh mencuba kalau berani.” Pendek kata, lelaki ini mempromosikan pedangnya yang dikatakan mampu membelah apa sahaja, dan perisainya yang mampu menahan apa sahaja serangan.

Terpaku orang ramai mendengar kehebatan kedua-dua senjata itu, tapi hendak memilikinya bukan kemampuan kerana harganya melampaui jangkauan, hanya yang mampu mereka yang hartawan. Ketika orang ramai masih kagum dengan kehebatan senjata itu, hamba Allah yang warak itu keluar daripada kelompok orang ramai dan tampil ke hadapan berjumpa dengan lelaki tersebut. Dia berkata “Saudara, jika benarlah seperti yang digembar-gemburkan itu, maka cubalah belah perisai saudara dengan menggunakan pedang di tangan yang satu lagi itu.” Ungkapan hamba Allah ini membuatkan lelaki ini terdiam, dan sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan dia yang tersentak di situ.

Moral : Jangan bermanis mulut sehingga berlebihan dalam mengkhabarkan sesuatu perkara

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1842

SOLEH ‘09

June21

Salam alaik,

Buat sahabat2 yang berminat untuk join SOLEH ‘09 sila teruskan membaca…

Apa itu SOLEH?

SOLEH atau nama penuhnya ‘Solidarity Leads Harmony’ ialah sebuah program saban tahun dianjurkan oleh bekas2 pelajar SMKA Maahad Hamidiah kepada adik2 tingkatan 3 (sejak 2007, pesertanya ialah pelajar tingkatan 2). Ini merupakan salah satu sumbangan yang boleh diberi oleh bekas pelajar setela keluar daripada sekolah, untuk kembali berbakti kepada sekolah secara ilmiah iaitu berkongsi pengalaman dengan adik2.

Secara rambang, ia merupakan satu program motivasi berbentuk kepimpinan yang mengandungi modul2, dan LDK islamik serta  pengisian rohani yang berkesan sebagai persediaan adik2 ini untuk menghadapi hidup sekolah menengah dan alam remaja yang mencabar.

Mereka tidak boleh mengharapkan guru2 untuk beri kesemuanya. Justeru, di sini letaknya tugas kita sebagai bekas pelajar untuk kembali berbakti membantu guru dan pihak pentadbir dalam saling melengkapi memberikan input yang secukupnya kepada adik2 ini.

SOLEH ‘08

Tahun lepas SOLEH ‘08 yang diadakan, telah mendapat respon yang baik oleh pihak Unit Bimbingan & Kaunseling, pihak sekolah sendiri dan peserta2 program. Malah, keberkesanan program dapat dilihat melalui hubungan yang kuat sesama batch (sebelum ini dilaporkan hubungan amat renggang).

Atas kesedaran inilah, pihak sekolah meminta kita menganjurkan sekali lagi SOLEH ‘09

SOLEH ‘09

Tarikh : 4 & 5 Julai 2009

Tempat : Semestinya SMKA MH (spesifiknya Masjid An-Nur dan Dewan as-Syafie)

MEETING

Insya Allah Meeting akan diadakan pada 28hb Jun ni (Ahad) pukul 9 pagi, kalau ada apa2 tarikh ni masih fleksibel, tp try to make this happen. Then, final touch meeting ialah jumaat malam sabtu nanti (3 Julai)

Sehubungan itu, saya menyeru sahabat2 yang berminat untuk menyertai program ini sebagai urusetia ataupun fasilitator agar dapat reply comment post ini dengan melampirkan : Nama, No IC, Batch bile (contoh : SPM2004 etc), Universiti sekrang, kos, no. contact, dan pengalaman berporgram(yang berkaitan).

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

Ihsan | Pengarah 013-3131374 / 017-3183040

Kamal | Timb Pengarah 014-8396647

Aisyah | Bendahari 012-7742949

Aizuddin | Setiausaha 013-2310221

Syuhada | Pen. Setiausaha 012-6403887

Sharifah Nur Hafizah | Ketua Urusetia 012-6511987

Salamun alaik..

June21

Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi pengalaman dalam blog ini, mohon tunjuk ajar sahabat2